Ada manusia yang berkata
"tak cukup masa"
Ada manusia yang berkata
"cukup masa "
Ada juga manusia yang
berkata "terlebih masa"
Kita sering merasa terburu-buru mengejar masa kerana perlukan masa yang banyak bagi melakukan aktiviti harian. Ini akan menyebabkan kerja yang kita lakukan menjadi kelam kabut. Tahukah anda, kekayaan masa iaitu mempunyai masa yang cukup untuk melakukan apa yang kita suka adalah satu nikmat yang tak terhingga?
ANTARA PANDUAN PENGURUSAN MASA YANG BAIK IALAH :
1. RANCANG JADUAL HARIAN
Rancang
jadual aktiviti harian adalah penting kerana kehidupan kita menuntut kita
meluangkan masa untuk bersama diri sendiri, keluarga dan juga untuk Allah Swt.
Pengurusan masa adalah pengurusan kehidupan harian kita. Berjaya mengurus masa
bermakna kita berjaya menguruskan hidup kita.
Anda boleh
mulakan hari anda dengan melakukan kerja-kerja yang paling penting di awal
pagi. Anda juga boleh rancang jadual anda pada hari atau minggu sebelumnya.
Contohnya,pukul berapa biasanya anda
bangun tidur? Berapa lama anda bersiap untuk ke sekolah? Pukul berapa
anda pergi ke sekolah? Pukul berapa anda pulang ke rumah dari sekolah? Berapa
lama masa diambil untuk menyiapkan kerja sekolah dan kerja rumah?
Daripada jadual di atas, anda boleh
menentukan berapa banyak masa lapang yang anda ada dan menyusun jadual masa
supaya semua aktiviti dapat disempurnakan pada hari yang sama.
2. TETAPKAN HAD MASA UNTUK SETIAP TUGAS
Jangan lakukan sesuatu tugas lain sebelum
menyelesaikan tugas yang kita sedang lakukan. Sentiasa periksa jadual sebelum
memulakan tugas yang baru. Sentiasa tanya diri sendiri, bilakah tugas yang
sedang dilakukan itu boleh selesai? Bilakah ianya perlu diselesaikan.
Adalah lebih bagus untuk menyiapkan tugasan lebih awal supaya anda ada lebih
masa untuk memeriksa tugasan anda. Ini akan memastikan tugas yang sedang
dibuat akan mencapai matlamat yang berkualiti. Ini juga akan membantu kita
untuk lebih fokus dalam menyiapkan tugasan yang kita perlu lakukan.
3. TAHU DEADLINE
ANDA
Bukan mudah
bagi kita untuk merancang kerja yang perlu dilakukan. Set tarikh akhir
(deadline) untuk menyelesaikan kerja kerana ini akan mengurangkan rasa risau
kerana merasa tidak mencukupi masa. Melakukan tugasan tanpa tahu tarikh
akhirnya seperti anda tidak tahu arah tuju atau kesudahan tugasan
tersebut. Ini menyebabkan anda akan mengambil masa yang lama untuk
menyiapkannya.
4. BELAJAR
UNTUK BERKATA “TIDAK”
Daripada
semua tips penggunaan masa dengan baik, barangkali yang paling efektif ialah
selalu menggunakan perkataan tidak. Belajarlah menolak dengan menggunakan
kebijaksanaan tetapi tegas terhadap setiap permintaan yang tidak menunjang
pencapaian sasaran anda. Kadang-kadang, bila kita berani mengatakan tidak
kepada ajakkan kawan-kawan, atau kepada perkara-perkara yang tidak memberikan
kesan besar kepada kita, kita boleh gunakan masa tersebut untuk perkara yang
lebih memberikan kebaikan kepada kita.
5. TEKNIK 15
MINIT LEBIH AWAL
Dalam zaman
sekarang, sangat mudah untuk kita mengawal masa. Kita boleh gunakan
telefon bimbit sebagai penjaga masa kita. Dalam telefon bimbit, kita
boleh setkan ‘reminder’ untuk memberi peringatan kepada kita tentang jadual dan
waktu yang tepat. Ada orang menggunakan kaedah menetapkan waktu jam 15
minit lebih awal dari waktu sebenarnya supaya kita lebih berdisiplin dan
mengelakkan dari terlambat.
6. FOKUS
Kita akan
memberi lebih tumpuan dalam melakukan kerja sekiranya kita fokus kepada sesuatu
kerja. Buat sesuatu kerja dengan memastikan kerja tersebut merupakan perkara
yang utama perlu diselesaikan. Untuk membantu anda fokus, anda boleh kurangkan
gangguan di sekitar anda. Anda boleh ‘silent’ kan telefon bimbit, matikan
notifikasi media sosial anda, jauhkan diri dari televisyen, YouTube dan
lain-lain yang boleh mengalih perhatian anda dari terus fokus.
7. JEJAKI
MASA YANG DIHABISKAN
Lihat kembali
pencapaian masa yang telah kita gunakan dalam sesuatu kerja. Gunakan
teknik ini dengan memperkembangkan lagi fokus dalam matlamat yang perlu kita
capai. Ramai antara kita tak pernah “keep track” berapa banyak masa yang
kita gunakan untuk selesaikan sesuatu perkara. Sebagai contoh, cuba jejaki
berapa banyak masa untuk anda siapkan satu tugasan yang biasa anda lakukan dan
cuba lakukannya lebih cepat keesokkan hari. Anda akan mula perasan anda
ada lebihan masa nanti.
8 . TIDAK
KECOH DENGAN PERKARA - PERKARA TIDAK PENTING
Ramai antara
kita selalu menyalahgunakan masa dengan kecoh dengan perkara-perkara yang tak
ada kena mengena dengan kita. Contoh jelas, jika berlaku kemalangan di
lebuh raya, ramai pemandu akan berhenti semata-mata untuk tengok. Ini
akan menyebabkan anda lambat sampai ke lokasi dan juga melambatkan orang
lain. Jangan kecoh dan kepoh dengan perkara-perakara yang tidak
membawa kebaikan.
9. JANGAN
LUPA UNTUK BEREHAT
Bekerja dalam
tempoh yang lama tanpa rehat bukanlah penggunaan waktu yang efektif. Tenaga
makin menurun, kebosanan makin mempengaruhi serta ketegangan fizikal dan mental
makin terkumpul. Oleh itu, anda memerlukan masa rehat yang secukupnya kerana
hanya berehat sahaja merupakan cara yang paling baik. Tidur sebentar juga
boleh membantu kita menjadi lebih efektif, Rasulullah juga
mengamalkannya. Tapi jangan jadikan ini sebagai alasan untuk lari dari
tugasan!
10 . GUNAKAN
DIARI
Diari atau jadual waktu dapat
membantu anda melakukan tugasan dan mencapai matlamat yang ditetapkan. Ia juga
turut membantu anda untuk merancang aktiviti harian berdasarkan apa yang mesti
dibereskan. Secara langsung, ia membantu anda untuk menggunakan masa yang
terluang untuk menyiapkan tugasan atau aktiviti yang ingin dilakukan.
11. JANGAN
MUDAH TERPEDAYA
Masa bergerak
sangat pantas. Kadang-kadang tanpa kita sedar, hari dah menjelang petang
sedangkan banyak lagi perkara yang kita tak lakukan. Ramai orang mudah
terpedaya dengan masa dan mula menggunakan masa sebagai alasan. “Releks
la, baru pukul 9 pagi.” “Kenapa nak cepat-cepat, ini kan waktu rehat”.
Dengan asyik melengah-lengahkan masa dan membiarkan diri terpedaya dengan masa
yang ada, kita akan kehilangan masa tersebut.
Orang berjaya
dalam hidup sangat menghargai masa. Tujuan mereka kaya dan berjaya ialah
supaya mereka ada lebih banyak masa untuk diluangkan dengan Allah swt, dengan
diri sendiri dan keluarga. Anda bagaimana?
No comments:
Post a Comment