KESAN BURUK TIADA
PENGURUSAN MASA
Pengurusan
masa yang lemah banyak mendatangkan kerugian samada kepada individu atau
organisasi. Ia perlu diteliti dan dikaji agar pengurusan masa dapat
diperbaiki dari masa ke semasa. Antara kesan pengurusan masa yang lemah
adalah seperti berikut:-
Banyak
kerja tidak dapat diselesaikan
Apabila
sesuatu kerja perlu diselesaikan juga tidak kira apa sebab atau keadaannya maka
kerja-kerja lain perlu ditangguhkan. Kesannya semua kerja-kerja penting
yang lain juga terpaksa ditangguhkan dan tidak dapat diselesaikan tepat pada
masanya. Ini akan menambahkan bebanan kerja anda. Jadi anda perlu fikirkan
bahawa sesuatu kerja yang tidak dapat diselesaikan akan mendatangkan kesan pada
kerja-kerja lain.
Tekanan
Anda
akan merasa tertekan jika kerja yang perlu disiapkan tidak dapat disiapkan dan
banyak kerja-kerja lain yang perlu diselesaikan dan juga yang sedang
menanti. Kerja yang banyak dan perlu disiapkan juga akan mengakibatkan
tekanan kepada diri anda. Selagi kerja itu tidak selesai, selagi itu anda tidak
akan rasa tenang kerana orang di atas anda akan sering bertanya tentang
perkembangan kerja tersebut. Jangan seksa diri anda dengan tekanan yang tidak
sepatutnya kerana ini akan melepaskan peluang untuk anda bergembira dengan
kehidupan hari ini dan masa depan. Rancanglah kerja-kerja anda agar ia dapat
diselesaikan tepat pada masanya. Elakkan tekanan dalam diri kerana ia akan
menyebabkan berbagai-bagai penyakit.
Tiada
Masa Untuk Rehat
Kerja
yang bertimpa-timpa tidak memberi peluang untuk anda berehat jika ia tidak
disusun dan dirancang mengikut keutamaan. Selesaikan satu kerja terlebih dahulu
sebelum melakukan kerja seterusnya. Sebelum membuat kerja, rancang apa yang
perlu dilakukan untuk menyelesaikan kerja itu terlebih dahulu. Ini akan
memberikan anda peluang untuk berehat jika ia dapat diselesaikan sebelum tempoh
yang sepatutnya. Anda perlukan rehat untuk mengembalikan tenaga
yang telah digunakan. Setelah berehat anda akan lebih bertenaga untuk
meneruskan kerja-kerja lain yang perlu diselesaikan mengikut keutamaan dalam
tempoh yang telah ditetapkan. Tanpa pengurusan masa kerja-kerja anda tidak
dapat diatur dengan baik dan anda tidak berpeluang untuk berehat. Uruslah masa
anda agar anda mempunyai masa untuk berehat.
Tidak
Dapat Merancang Kerjaya
Apabila anda telah selesai menjalankan kerja
sebelum tamat tempohnya maka ini memberikan masa untuk anda merancang kerjaya
dan masa depan anda. Jika anda tidak dapat selesaikan tugas pada masa yang
telah ditentukan maka anda akan gunakan masa secara optimum untuk menyelesaikan
tugas tersebut. Akhirnya tiada masa untuk anda memikirkan bagaimana
meningkatkan diri anda untuk menjadi orang yang lebih berjaya dalam
karier anda.
No comments:
Post a Comment